Home » » Qabil & Habil, Kisah Pembunuhan Pertama di Dunia | Awal Mula Tata Cara Pemakaman melalui Dikubur

Qabil & Habil, Kisah Pembunuhan Pertama di Dunia | Awal Mula Tata Cara Pemakaman melalui Dikubur

Baik kali ini daeng mau mengisahkan tentang Kisah Pembunuhan Pertama didunia, Kisah Qabil dan Habil dan Awal Mula tata cara penguburan Manusia didalam surah Al Maidah Ayat 27-31 Yang Bebunyi :

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لأقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ (٢٧) لَئِنْ بَسَطْتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لأقْتُلَكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ (٢٨) إِنِّي أُرِيدُ أَنْ تَبُوءَ بِإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ وَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ (٢٩) فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ (٣٠) فَبَعَثَ اللَّهُ غُرَابًا يَبْحَثُ فِي الأرْضِ لِيُرِيَهُ كَيْفَ يُوَارِي سَوْأَةَ أَخِيهِ قَالَ يَا وَيْلَتَا أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَذَا الْغُرَابِ فَأُوَارِيَ سَوْأَةَ أَخِي فَأَصْبَحَ مِنَ النَّادِمِينَ             (٣١)


27. Ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putra Adam, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka (kurban) salah salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, "Sungguh, aku pasti membunuhmu!" Dia (Habil) berkata, "Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertakwa."
28. "Sungguh, jika engkau (Qabil) menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Aku takut kepada Allah, Tuhan seluruh alam."

 
29. "Sesungguhnya aku ingin agar engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka engkau akan menjadi penghuni neraka; dan itulah balasan bagi orang yang zalim."
30. Maka hawa nafsu (Qabil) mendorongnya untuk membunuh saudaranya, kemudian dia pun (benar-benar) membunuhnya, maka jadilah dia termasuk orang yang rugi.
31. Kemudian Allah mengutus seekor burung gagak menggali tanah untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Qabil berkata, "Oh, celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, sehingga aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Maka jadilah dia termasuk orang yang menyesal

 Baik daeng Mulai kisahnya. Dikisahkan Dua orang anak kembar Adam dan Hawa Qabil dan Habil adalah besaudara. Siti Hawa melahirkan dua pasang kembar. Pertama, pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama 'Iqlima', kemudian disusuli pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama 'Lubuda'. 


Keempat putera-puteri Nabi Adam AS akhirnya mencapai usia remaja dan memasuki alam akil baligh dan keinginan terhadap hubungan kelamin semakin hari semakin nyata dan terserlah pada diri mereka.

Demi menjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yang bebas di antara putera-puterinya, Allah SWT memberi ilham dan petunjuk kepada Nabi Adam AS agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dijodohkan dengan adik Habil, iaitu Lubuda dan Habil dengan adik Qabil, iaitu Iqlima. (Disilangkan)

Namun Qabil menolak Keputusan itu. karena katanya adik Habil Lubuda tidak yang akan dikawinkan dengan Qabil itu tidak secantik adiknya sendiri Iqlima yang akan dikawinkan dengan Habil. Kabil tidak rela adik kembarnya dikawini oleh Habil karena Qabil sendiri suka dengan Iqlima adik kembarnya

Kemudian Nabi Adam A.s. menyerahkan persoalan ini kepada Allah Swt. lalu Allah Swt memerintahkan mereka untuk membawa Kurban dari apa yang dimiliki oleh mereka.

Habil keluar membawa peliharaannya, sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil tanamannya yang rusak. Kemudian kedua korban itu diletakkan di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas kedua jenis korban tersebut.

 Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Nabi Adam AS yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihatlah api besar yang turun dari langit menyambar kambing korban Habil sedangkan karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tidak terjejas.

Oleh yang demikian, Habil diisytihar sebagai pemenang kerana korbannya telah diterima oleh Allah SWT. Maka, dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dinikahinya.

datanglah Qabil menemui Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil: "Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini." "Apa salahku? Dengan alasan apakah engkau hendak membunuhku?" tanya Habil.

Qabil berkata: "Kerana korbanmu telah diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk itu."

Habil berkata: "Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu? Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan? Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nasfu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak-masak akan akibat perbuatanmu kelak!"

"Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni. Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari ternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah."

"Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya. Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."

Nasihat dan kata-kata mutiara Habil itu didengari oleh Qabil, namun tidak dipedulikannya dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yang penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kepada saudara sekandungnya. Qabil yang dihasut oleh iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh ke belakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengki di dalam dadanya mulai akan padam, ditiup kembali oleh iblis agar tetap menyala-yala.

Ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana caranya untuk membunuh Habil, menjelmalah iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh iblis itu dilaksanakan ke atas diri Habil ketika ia tidur dengan nyenyak, maka terkorbanlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia.

Kisah Tata Cara Pemakaman Manusia
Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya. Ia tidak tahu apa yang harus dilakukannya terhadap tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk itu. Diletakkannya tubuh itu di dalam sebuah peti yang dipikulnya, Qabil mundar-mandir dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu jenazah Habil.

Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak lama kerana suatu contoh yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya bagaimana untuk menguruskan jenazah saudaranya itu. Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh itu tersia-sia demikian rupa, maka ditunjukkan kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah.

Demikian kisahnya tadi semoga Bermanfaat. Wassalam


0 komentar:

Posting Komentar

Student Ambassadors
Firefox OS
Download Beta

DBMFanPage

 
Support : Sapiperjaka.com | Supirpete2.com | daenggassing.com
Copyright © 2014. Makassar | Daeng Becak MKS - Makassar Dalam Genggamanmu
Dipersembahkan Oleh Daeng Becak MKS Admin Muhammad Guntur
Webblog Informatif Makassar